fb fb fb fb fb

Nelayan di Pahang terima bantuan daripada Perdana Menteri

Mohammad Kasim, 61, menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Golongan nelayan di Pahang yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mencari rezeki akibat keadaan laut bergelora terus mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak terkecuali seorang warga emas yang terkesan berikutan keadaan itu Mohammad Kasim, 61 tahun di Kampung Baru Cherating, Kuantan.

Menerusi hantaran di Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang dikongsi Anwar, seorang nelayan Mohammad Kasim menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Ahmad Farhan di rumahnya baru-baru ini.

"Laut yang dulu menjadi punca rezekinya kini seakan menutup peluang, menyebabkan pendapatannya merosot teruk," menurut hantaran itu.

Ahmad Farhan turut memaklumkan pihaknya dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang akan membantu membaik pulih kediaman untuk keselesaan keluarga terjejas.

Beliau juga menziarahi seorang nelayan gigih dari Kampung Darat Sungai Ular Supian Saman bersempena dengan Ziarah MADANI.

"Hidup sebagai nelayan bukan mudah, apatah lagi bila laut bergelora. Saya turut dimaklumkan sudah empat hingga lima bulan mereka tidak dapat turun ke laut kerana ombak kuat, menyebabkan pendapatan seharian terjejas teruk," katanya lagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI