fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sasar pulihkan 2,000 ekar kebun getah yang tidak ditoreh

Foto Hiasan

JEMPOL, 30 Mac- Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan untuk memulihkan 2,000 ekar kebun getah yang tidak ditoreh di negeri itu.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 15,000 ekar kebun getah yang tidak ditoreh di negeri itu.

Jelas beliau, pihaknya menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini dalam proses meneliti kebun getah terbiar yang berpotensi untuk menjalani proses penanaman semula.

"Sekarang kita sedang buat pendekatan untuk meneliti daripada banyak perkara, supaya kita tidak temui kegagalan dalam soal menguruskan kebun terbiar ini."

"Insya-Allah, saya akan perhalusi selepas itu dan kita akan kemas kini dari masa ke masa," kata Datuk Seri Jalaluddin kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Risda (KUR)@Ekspo Raya Jempol di Bahau.

Tambahnya, langkah itu sekali gus dapat meningkatkan peratusan kawasan penanaman getah di negeri tersebut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM