fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sasar kedatangan 20 juta pelancong tahun ini- MB

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ditemui media selepas menghadiri  Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban / FOTO RTM

SEREMBAN, 7 Januari- Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan 20 juta pelancong ke negeri itu untuk tahun ini bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, tiga produk pelancongan yang diberi tumpuan ialah pantai peranginan di Port Dickson, produk eko pelancongan dan keunikan budaya adat perpatih.

Kerajaan negeri juga berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk di peringkat akar umbi untuk sama-sama membantu memelihara kebersihan dan keindahan kawasan masing-masing dalam memastikan kehadiran pelancong ke negeri itu dapat bertambah.

"Saya juga sebenarnya telah mengarahkan kepada agensi untuk memastikan bahawa Negeri Sembilan ini terutamanya dalam keadaan yang bersih, menarik pelancong untuk hadir dan kita berharap dengan keadaan yang tersebut akan menggalakkan lagi ramai pelancong datang ke Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri  Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban.  

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE