fb fb fb fb fb

Negeri berisiko bencana disaran tingkatkan kesiapsiagaan

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyarankan empat negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Keperluan itu, bagi menghadapi sebarang bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

NADMA dalam kenyataan memaklumkan, ia susulan amaran hujan berterusan di peringkat waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.



(Susulan  amaran hujan berterusan di peringkat waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, NADMA menyarankan
negeri-negeri terlibat bersiapsiaga)

NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat mengenai sebarang bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian dari semasa ke semasa.

Media Baharu