fb fb fb fb fb

Negara AI 2030: RM5.9 bilion diperuntuk rentas kementerian

Malaysia akan terus menerajui bidang AI serta menyubur aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta / FOTO AI

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Malaysia memperuntukkan hampir RM5.9 bilion dalam sektor kecerdasan buatan (AI) khususnya dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta (RDCI) rentas kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memperhebat usaha negara bagi mencapai status negara AI menjelang 2030.

"Peruntukan aktiviti RDCI rentas kementerian hampir 5.9 bilion ringgit.

"Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) menerima hampir RM20 juta untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi, memperkukuh infrastruktur digital dan mencipta ekosistem AI yang cekap," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Rakyat.

Kerajaan juga berhasrat menawarkan potongan cukai tambahan 50 peratus kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi membiayai kos latihan berkaitan AI dan keselamatan siber yang diiktiraf oleh MyMahir National AI Council for Industry (NAICI).

"RM53 juta ringgit Geran Pecutan Digital Malaysia disediakan bagi mempercepat pertumbuhan serta penerimagunaan teknologi seperti blockchain, AI dan perkomputeran
kuantum," kata Perdana Menteri.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN