NCER rekod RM78.95 bilion pelaburan, 23,000 peluang pekerjaan pada 2025

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Februari – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion sepanjang tahun 2025, sekali gus mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan baharu di wilayah utara.

RINGKASAN BERITA AI
  • NCIA mesyuarat ke-35 mengetengahkan perancangan 2026 untuk memperkukuh peranan NCER mempercepatkan pelaburan berkualiti tinggi.
  • Fokus pembangunan termasuk Kedah Rubber City dan Chuping Valley Industrial Area sebagai tumpuan potensi pelaburan.
  • Inisiatif merangkumi pengembangan ekosistem pelaburan sempadan Malaysia-Thailand dan kajian untuk tingkatkan daya saing pelancongan Langkawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu dilaporkan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-35 yang dipengerusikannya pagi tadi.

“NCER berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada tahun 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, NCER turut berjaya melahirkan 4,000 bakat tempatan tahun lalu yang memenuhi keperluan pelabur dan industri menerusi program di bawah kendalian Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC).

Mesyuarat tersebut turut membincangkan perancangan bagi tahun 2026 dan seterusnya dengan fokus memperkukuh peranan NCER dalam mempercepatkan realisasi pelaburan berkualiti tinggi di wilayah utara.

Antara yang diberi perhatian termasuk potensi pelaburan berkaitan Kedah Rubber City (KRC) serta Chuping Valley Industrial Area (CVIA) di Perlis.

Selain itu, kerajaan turut meneliti inisiatif bagi meluaskan impak pembangunan ekosistem pelaburan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand serta menjalankan kajian untuk meningkatkan semula daya saing sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pertumb