fb fb fb fb fb

Naib Presiden China berlepas pulang, akhiri lawatan kerja ke Malaysia

Naib Presiden China, Han Zheng (dua, kanan) melambaikan tangan kepada delegasi Malaysia sebelum berlepas pulang selepas selesai lawatan rasmi empat hari di negara ini / Foto Bernama

BAYAN LEPAS, 11 November - Naib Presiden China, Han Zheng berlepas ke Beijing, China selepas menamatkan lawatan kerja rasminya ke Malaysia selama empat hari.

Pesawat khas yang membawa Han berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada pukul 12 tengah hari tadi.

Mengiringi kepulangan Han, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Jagdeep Singh Deo.

Menerusi lawatan yang bermula 8 November lalu, Han sempat menghadiri Majlis Sembah Menghadap ke atas Yang-di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara sebelum melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut melakukan kunjungan hormat kepada Chow Kon Yeow sekali gus mengadakan perbincangan berkenaan isu pendidikan, perdagangan serta perancangan aktiviti sempena sambutan 50 tahun hubungan China-Malaysia.

Semasa di Pulau Pinang, beliau juga berkesempatan melawat syarikat Elektrik & Elektronik (E&E) di negeri berkenaan.

Lawatan tersebut diadakan sempena ulang tahun ke – 10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia – China, tahun ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN