fb fb fb fb fb

Nahas tiga kereta, dua maut

FOTO HIASAN

SHAH ALAM, 22 Disember - Dua lelaki maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan itu kira-kira pukul 6.23 pagi.

Katanya, ima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Dua lelaki berkenaan yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Mangsa cedera terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi serta dua lelaki dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

TETITIA YUSOFF