fb fb fb fb fb

Nahas tiga kenderaan, lelaki rentung

Foto JBPM Johor

KULAI, 30 Mei- Seorang lelaki rentung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Kulai, Johor, malam tadi.

Menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, insiden turut menyebabkan empat lagi mangsa termasuk kanak-kanak lelaki berusia satu tahun mengalami kecederaan.

Kemalangan itu membabitkan sebuah lori dan dua buah kereta.

"Mangsa yang memandu kereta itu ditemukan terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

"Kereta itu musnah 80 peratus.

"Bagaimanapun, identiti mangsa rentung masih belum dapat dikenal pasti.

"Operasi tamat pada pukul 2.00 pagi tadi," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM