fb fb fb fb fb

Nahas pesawat: Pegawai JKM beri sokongan psikologi kepada keluarga mangsa

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri

PUTRAJAYA, 14 Februari- Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat turut ditugaskan bagi menyantuni dan memberi sokongan psikologi kepada keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Kampung Tok Muda Kapar, Klang semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pegawai JKM telah bertindak segera untuk memberikan perkhidmatan sebaik sahaja mengetahui mengenai insiden berkenaan.

"Kebiasaannya (santuni waris) itu kita lakukan. Saya amat berterima kasih dengan semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutama JKM yang sentiasa menyantuni mangsa (dan waris) serta cepat bertindak. Sama-sama kita hargai perkhidmatan diberikan. Terima kasih kepada JKM", katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media selepas Taklimat Media Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN