fb fb fb fb fb

Nahas helikopter TLDM: Identiti 10 mangsa terkorban dikenal pasti

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 23 April - Identiti 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi telah dikenal pasti.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah itu berusia bawah 40 tahun dan telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera di Lumut untuk proses selanjutnya.

"Pihak kementerian bersetuju supaya ditubuhkan lembaga siasatan oleh pihak TLDM untuk kenal pasti punca kejadian. Saya berharap masyarakat dan orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitivi dan menghormati keluarga mangasa pada masa sama, tidak menganggu proses penyiasatan.

"Soal laporan itu kita akan tengok laporan interim dan kita cuba buat seberapa segera dan kemudian akan ada laporan penuh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan 2024 di Kem KEMENTAH, di sini.

Tambah Mohamed Khaled, dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung hujung minggu ini.

"Tiada mangsa raptai lain terlibat dalam insiden berkenaan kerana helikopter itu terhempas di kawasan kolam renang dan padang stadium yang kosong.

"Ketika ini, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan pihak kementerian akan membawa mereka yang berada di Pangkalan TUDM di Kota Kinabalu untuk dibawa ke Lumut bagi proses selanjutnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN