fb fb fb fb fb

Nahas helikopter: Kerajaan Negeri Sembilan ucap takziah kepada keluarga mangsa

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun / Foto RTM

JEMPOL, 24 April - Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tragedi itu sebagai amat menyedihkan selain mendoakan keluarga mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ketika ini.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri rakamkan ucapan takziah kepada 10 keluarga yang terlibat dan mendoakan kesemua ahli keluarga dapat bersabar dengan ujian ini", kata Aminuddin Harun ketika ditemui di sini.

Terdahulu, 10 terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter di Lumut, Perak.

Salah seorang mangsa korban, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dijangka dikebumikan di Forest Height, Senawang selepas Maghrib.

ARTIKEL BERKAITAN
Bedah siasat 10 mangsa nahas helikopter dijangka siap tengah hari esok
Helikopter terhempas: Semua 10 mangsa disahkan terkorban - TLDM

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD