fb fb fb fb fb

Nahas dua kenderaan, pemandu bas tersepit

Foto JBPM Pahang

KUANTAN, 28 Mei- Seorang pemandu bas cedera akibat tersepit manakala 36 lagi penumpang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori tiga tan, awal pagi tadi.

Insiden tersebut berlaku di Kilometer 218 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kuantan-Kuala Terengganu. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pembantu bas dan pemandu lori turut terselamat dalam insiden tersebut.

"Tujuh pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.22 pagi.

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat penyelamatan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM