fb fb fb fb fb

Nahas bas Rompin: Seorang lagi mangsa disahkan maut

Kemalangan melibatkan sebuah bas membawa rombongan guru dengan sebuah treler di Jalan Bahau-Keratong di Rompin awal pagi tadi/Foto Bomba

ROMPIN, 9 Jun - Mangsa ketiga disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan membabitkan kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di simpang 3 Bahau, Jalan Kuantan - Segamat di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.

Awal pagi tadi, dua maut iaitu seorang wanita yang juga merupakan seorang guru iaitu Hasnatul Adilah Hassan, 48 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemandu kedua bas tersebut, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalan ke Hospital Muadzam Shah.

Setakat ini 36 penumpang dilaporkan cedera.

Bas persiaran tersebut membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka menuju ke Terengganu.

Pemandu bas dipercayai telah hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan.

ARTIKEL BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN