fb fb fb fb fb

NAFAS lancar kempen penghantaran lewat sifar

(Foto fail)

ALOR SETAR, 27 Jun- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melancarkan kempen ke arah penghantaran lewat sifar atau 'Zero Late Delivery' sebagai langkah proaktif menangani isu kelewatan pembekalan skim baja subsidi kepada petani.
 
Kempen itu dilancarkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam Program Santai Peladang Bersama Pemimpin Ahli Peladang Zon Utara 2023 di sini.
 
Beliau berkata kempen tersebut menjurus kepada menyahut hasrat murni kerajaan dalam memastikan kepentingan petani diberi keutamaan.
 
Ini selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara bagi meningkatkan hasil pendapatan petani dan membantu meningkatkan peratusan tahap sara diri.
 
Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob dan Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin.
 
"Antara elemen dalam kempen ini adalah memulakan perancangan untuk pembuatan baja padi. Bahan mentah semua tu diawalkan terlebih dahulu dan kita akan pantau dari segi perancangan di pihak pesanan mengikut waktu.

"Kita akan memastikan segalanya mengikut kontark 45 hari dari pesnan hingga ke pesawah. Dalam jangka panjang kita akan buat lebih banyak stok penimbal daripada pihak NAFAS dan kita juga akan buat transformasi digital," kata Muhammad Faris.

(Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin)

Terdapat empat elemen utama dalam menjayakan kempen tersebut  dalam memastikan stok bahan mentah tersedia bagi membolehkan kilang membuat baja sebatian dan memastikan kilang beroperasi membuat baja untuk membolehkan stok baja tersedia dihantar ke Pertubuhan Peladang Kawasan.
 
Selain itu, elemen ketiga ialah memastikan pengangkutan tersedia untuk menghantar baja serta elemen keempat pula meningkatkan kecekapan pengurusan dokumentasi bagi memastikan aliran tunai berkeupayaan menampung pembelian bahan mentah, pembuatan dan penghantaran baja.


 

Media Baharu