fb fb fb fb fb

NADMA sumbang RM100,000 kepada TDM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi sumbangan bernilai RM100,000 kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) selaku peneraju Operasi Murni (Op Murni) bagi perolehan peralatan sokongan untuk digunakan semasa operasi dan pasca banjir.

Dalam kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), antara aset semasa perolehannya adalah seperti pelampung dewasa, jaket keselamatan kanak-kanak, payung dan beberapa keperluan lain.

Sementara itu bagi set pascabanjir merupakan barangan keperluan pembersihan seperti shavel, rubber boot dan berus.

"Pada Mac lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah menerima perolehan kelengkapan mobiliti operasi bencana bagi pengoperasian Humanitarian Assistance and Disaster Relief bernilai RM9.97 juta.

"Antara aset yang diterima ialah Rubber Inflatable Boat, Complete with Outboat Motor 40HP, Assault Boat Aluminium “Vee” bottom Complete with OBM 60HP, Trailer Boat, HADR Boat Carrier dan Trak satu tan 4 x 4 - Fitted for Radio," kata kenyataan itu.

Sehingga kini seramai 995 pegawai dan 16,094 anggota lain-lain pangkat daripada tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seluruh negara bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI