fb fb fb fb fb

NADMA diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan

FOTO BERNAMA

Kota Bharu, 29 November- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan penduduk terjejas banjir di negeri itu terus meningkat dengan mendadak iaitu mencecah 69,000 orang.

""Situasi banjir di Kelantan agak lebih teruk berbanding tahun 2014, melibatkan 20,500 keluarga serta 10 daerah terjejas. Oleh kerana itu lebihan khemah diperlukan. Kita telah mengambil beberapa tindakan segera termasuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kelantan," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tapang.

Menurutnya, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga akan digunakan sebagai PPS di Kelantan jika tempat perlindungan sedia ada sudah penuh.

"Ketika ini, PPS sedia ada di Kelantan sebanyak 550, maka saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana memutuskan bagi kawasan yang PPSnya telah penuh, kebenaran khas diberikan untuk membuka PPS baharu di MRSM,” katanya.

Trainee