fb fb fb fb fb

N.Sembilan sasar semua Tabika Kemas laksana Pra-Tahfiz tahun depan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun / Foto RTM

SEREMBAN, 30 September – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan kesemua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri itu akan melaksanakan kurikulum Pra-Tahfiz menjelang tahun depan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata langkah tersebut bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran dalam kalangan pelajar Tabika.

Setakat ini, sebanyak 213 daripada 471 Tabika Kemas di Negeri Sembilan telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan silibus Pra-Tahfiz.

"Ini program baharu yang kita perkenalkan dan saya berharap ia dapat diperluaskan kerana ia penting untuk memastikan pendidikan awal meliputi semua aspek, termasuk pendidikan al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Festival Kesenian Islam dan Karnival Kanak-Kanak Sihat dan Pintar peringkat negeri, di sini.

Setakat ini, lebih 62,175 kanak-kanak Tabika Kemas di seluruh negara telah mengikuti program Pra-Tahfiz.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN