N. Sembilan catat GPN 4.16 mata

Sidang media Laporan Keputusan SPM 2025 di Seremban

SEREMBAN, 31 Mac – Negeri Sembilan mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.16 mata bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 berbanding 4.18 mata pada SPM Tahun 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri Sembilan melepasi Gred Purata Kebangsaan 4.42.
  • 22 calon memperoleh semua A+, 754 calon mencapai A+, A dan A- daripada 14,827 calon.
  • Pencapaian calon luar bandar meningkat kepada 4.28 manakala bandar kekal pada 4.14.
  • Tumpuan diberikan kepada pelajar luar bandar melalui sumbangan dan kerjasama PIBKS untuk peluang tuisyen.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar berkata, keutusan itu sekali gus melepasi Gred Purata Kebangsaan iaitu 4.42.

Seramai 22 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A+ manakala 754 calon mendapat keputusan A+, A dan A- daripada keseluruhan 14,827 calon yang hadir bagi menduduki SPM 2025.

Dalam pada itu, pencapaian SPM Tahun 2025 bagi calon kategori luar bandar menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik iaitu 4.28 mata, manakala prestasi calon kategori bandar kekal pada 4.14 mata.

“Kita sebenarnya tidak membezakan antara pelajar di bandar atau luar bandar. Namun, tumpuan turut diberikan kepada pelajar luar bandar, termasuk melalui sumbangan dan kerjasama PIBKS yang memberi peluang kepada mereka mengikuti tuisyen.

“Itu mungkin antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian. Di peringkat jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kita memastikan semua pelajar mempunyai ruang dan potensi yang sama.

“Kita mahu membuktikan bahawa sama ada di luar bandar atau di bandar, semua pelajar berpeluang memperoleh pendidikan dan ilmu yang sama tanpa sebarang perbezaan,” katanya dalam sidang media Laporan Keputusan SPM 2025 di sini hari ini.