fb fb fb fb fb

MySubsidi Diesel, boleh pilih tiga syarikat minyak

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA, 23 April- Kerajaan bersetuju menambah bilangan pilihan daripada dua kepada tiga syarikat pembekal minyak menerusi sistem MySubsidi Diesel.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata keputusan yang dibuat berkuat kuasa serta-merta, setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas syarikat berkenan serta industri pengangkutan.

"Kita telah setuju nak pertimbangkan rayuan. Sebelum ini dihadkan, hanya ada dua pilihan syarikat pembekal minyak."

Bagaimanapun, kita putuskan untuk tambah bilangan pilihan kepada tiga daripada lima syarikat minyak," kata Armizan kepada pemberita dalam sidang media, di sini.

Dalam pada itu, KPDN turut menggesa pengusaha pengangkutan barangan supaya segera memohon untuk mendapatkan 'kad fleet'.

Ia penting bagi memastikan syarikat kenderaan pengangkutan barangan dapat menikmati subsidi yang disediakan kerajaan apabila penyasaran dilaksanakan kelak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM