MYNIISE diperluas secara berperingkat, berkuat kuasa awal suku kedua

Foto fail

CYBERJAYA, 28 Januari – Peralihan MyBorderPass dan MyDigital ID kepada Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan diperluas dan berkuat kuasa secara berperingkat di pintu masuk negara bermula awal suku kedua tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peralihan sistem dijalankan berperingkat bagi memastikan proses lancar dan tidak menjejaskan keselesaan pelancong.
  • MyNIISe menggantikan MyIMMs yang sudah lama dan tidak mencukupi untuk tangani cabaran keselamatan serta peningkatan volum pergerakan.
  • Jaminan keselamatan data dengan penggunaan pengecaman wajah, iris dan pengesahan pasport untuk kurangkan risiko kebocoran.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan keutamaan pelaksanaan ketika ini adalah memastikan peralihan sistem berjalan lancar tanpa menjejaskan keselesaan pelancong serta kelancaran operasi di pintu masuk negara.

Beliau menjelaskan pelaksanaan MyNIISe dibuat berasaskan data, memandangkan kira-kira 75 peratus kemasukan ke negara ini berlaku melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2 serta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bangunan Sultan Iskandar di Johor.

Menurut beliau, MyNIISe akan menggantikan Sistem Pengurusan Imigresen Malaysia atau MyIMMs yang telah digunakan lebih 20 tahun dan tidak lagi mencukupi bagi menangani cabaran keselamatan serta peningkatan volum pergerakan.

Mengulas keselamatan data, beliau memberi jaminan maklumat pengguna kekal dilindungi dalam ekosistem yang sah, selain penggunaan teknologi pengecaman wajah, iris dan pengesahan pasport bagi mengurangkan risiko kebocoran data.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan