fb fb fb fb fb

MYEG umum pembaharuan PLKS bagi pekerja asing disambung semula 15 Januari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari- MY E.G. Services Berhad (MYEG) telah mengumumkan pembaharuan pas kerja dalam talian iaitu Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.

Penyambungan itu dilakukan semula selepas selesai penambahbaikan sistem.

Perkhidmatan itu bagi menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya.

Pada 16 Oktober lalu, MYEG menerima surat penerimaan daripada kerajaan untuk melanjutkan perkhidmatan selama dua tahun.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE