fb fb fb fb fb

MyCC pantau aktiviti pasaran ayam

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 November- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menegaskan komitmen MyCC dalam pemantauan aktiviti pasaran ayam susulan pengumuman terkini Malaysia.

Menurut MyCC, pihaknya akan mengambil tindakan kepada mereka yang mengganggu proses persaingan di dalam pemain industri atau dari mana-mana peringkat rantaian bekalan.

"Setakat ini, persaingan dalam pasaran ayam dilihat menunjukkan tanda positif.

"Bekalan ayam di pasaran tidak mengalami sebarang gangguan dan harga ayam bagi tempoh peralihan dijual dengan harga RM6.49 sen hingga RM11 bagi setiap kilogram.

"Selain itu, pemansuhan subsidi dan penghapusan harga kawalan ayam tidak boleh mengambil kesempatan ke atas mana-mana pihak," kata MyCC menerusi kenyataan.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM