fb fb fb fb fb

MyCC giat jalankan siasatan berkenaan kartel barang keperluan asas

Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 23 April- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang giat menjalankan siasatan terhadap pihak yang terlibat dengan aktiviti kartel barang keperluan asas kata Menteri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau turut memberi amaran tegas kepada pihak berkenaan untuk mengubah cara perniagaan mereka.

"MYCC sedang menyiasat perkara ini untuk membetulkan keadaan. Kalau boleh biar perkara ini dilakukan MYCC, itu lebih baik daripada kita mengumumkan perpuluh kartel yang ditangkap.

"Saya sendiri tidak berkenan untuk melakukan perkara ini namun sekiranya mereka tidak mahu membuat perubahan, MYCC atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak. Maka mereka terpaksa berdepan prosedur undang-undang," katanya kepada pemberita di Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

Menerusi satu hantaran dia Facebook, Mohamad Sabu menjelaskan KPKM sentiasa bersedia menyalurkan maklumat kepada MyCC terutamanya bagi menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara.

Pada masa sama kementerian itu tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI