fb fb fb fb fb

Muzium Negara projek rintis tanpa tunai

Datuk Aaron Ago Dagang

LABUAN, 2 Mac- Muzium Negara akan menjadi projek rintis tanpa tunai seterusnya diperluas di 10 Muzium lain menerusi kaedah pembayaran kad kredit, debit dan transaksi perbankan internet.

Bermula bulan April depan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan melaksana Sistem Terimaan Hasil Secara Elektronik (Cashless) yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada 29 Disember tahun lalu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, JMM akan menambah baik muzium di pulau itu dan akan bekerjasama dengan Jabatan Warisan Malaysia untuk mengiktiraf Muzium Labuan sebagai bangunan atau tapak Warisan Kebangsaan.
 
"Itu memang hasrat kita, segala kekurangan kita cuba untuk bantu tetapi kita juga ingin bekerjasama dengan kerajaan Labuan bawah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan. Sebab projek-projek ini akan memberi manfaat kepada pulau Labuan, yang dapat menyumbang dan memperhebat lagi muzium kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak @Muzium Labuan 2024 di sini.

Dalam majlis sama beliau turut melancarkan kalendar acara JMM merangkumi 122 program yang melibatkan 22 buah muzium bawah JMM.

Sehingga 2023, Muzium Labuan merekodkan lebih satu juta pengunjung sejak ia ditubuhkan 20 tahun lalu.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Muzium Malaysia Muhamad Shawali Badi dan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI