fb fb fb fb fb

Muzium Labuan dicadang sebagai tapak warisan kebangsaan

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang

LABUAN, 2 Mac - Muzium Labuan dicadang dijadikan sebagai bangunan atau tapak warisan kebangsaan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata Jabatan Muzium Negara (JMM) akan bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk merealisasikan usaha tersebut.

Beliau berkata, sehingga penghujung tahun lalu Muzium Labuan telah merekodkan lebih 1.15 juta pengunjung sejak ianya ditubuhkan 20 tahun lalu.

"Kita juga ingin bekerjasama dengan Perbadanan Labuan sebab projek-projek ini akan memberi manfaat kepada pulau Labuan, yang dapat menyumbang kepada memperhebatkan lagi muzium kita di sinilah kita cuba untuk naik taraf muzium kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Semarak @Muzium Labuan 2024, di sini.

Aaron turut memuji usaha Muzium Labuan dalam memainkan peranan menganjurkan pelbagai acara, pameran serta menjalankan penyelidikan dan program pendidikan kepada masyarakat.

Beliau turut menekankan usaha pemuliharaan muzium terbabit dalam menjaga khazanah warisan termasuk artifak sejak era neolitik, barangan yang dikumpul apabila kerajaan Sabah menyerahkan Labuan kepada kerajaan Persekutuan pada 1984 dan batu peringatan penyerahan pulau berkenaan kepada British pada 1846.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN