fb fb fb fb fb

Mutang komited bangunkan masyarakat orang ulu- Fadillah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Yang di-Pertua Dewan Negara, mendiang Senator Datuk Mutang Tagal seorang yang komited membangunkan masyarakat dan telah banyak menabur bakti kepada Negeri Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemergian mendiang dirasai bukan sahaja oleh masyarakat Sarawak, tetapi turut dirasai oleh negara.

"Beliau (mendiang) telah banyak menyumbang bukan sahaja untuk masyarakat orang ulu sebagai Ahli Parlimen tapi begitu komited dalam membangunkan masyarakat dia.

"Saya kehilangan seorang kawan dan pemimpin yang telah menyumbang kepada negeri Sarawak.

"Mendiang merupakan orang pertama daripada keturunan orang ulu Sarawak yang menjadi Speaker Dewan Negara...tentu terasa orang ulu Sarawak dan saya yakin Ahli Dewan Negara baru bermula untuk akrab dengannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang di Nirvana 2 di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM