fb fb fb fb fb

Mushaf al-Huffaz, bantu golongan hafiz menghafal dengan sistematik

Foto FB Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 2 Mac- Penerbitan al-Quran Mushaf al-Huffaz bakal memudahkan para huffaz menghafal ayat-ayat suci al-Quran dengan lebih sistematik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, penerbitan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pelajar maahad tahfiz di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al-Falah akan membeli 50,000 naskhah mushaf itu untuk diedarkan ke maahad tahfiz di seluruh negara.

"Terdapat 300,000 pelajar maahad tahfiz yang berdaftar dan tidak berdaftar, tetapi tidak ada satu mushaf yang standard untuk dijadikan sebagai panduan hafazan al-Quran secara sistematik.

"Jadi insya-Allah pertengahan bulan Ramadan ini akan terbit dan akan diedarkan Mushaf al-Huffaz di seluruh maahad tahfiz," kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Wakaf Peringkat Kebangsaan dan penerbitan Mushaf al-Huffaz di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM