fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid: Tahniah! 46 pelajar Orang Asli raih keputusan cemerlang SPM 2023

Muhammad Naufal Adam pelajar Orang Asli mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir  yang meraih 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (2023).

Muhammad Naufal daripada Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Iskandar Mersing antara 47 pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2023 yang diumumkan semalam.

“Alhamdulillah, saya mendapat perkhabaran gembira daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai keputusan SPM yang diterima oleh anak muda Orang Asli hari ini (semalam).

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing kerana berjaya mendapat keputusan 11A. Hebat! ” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berkongsi poster ucapan tahniah kepada Naufal Adam serta 46 pelajar Orang Asli.

Melalui poster yang dimuat naik oleh beliau, seramai 20 orang pelajar orang asli mendapat 5A; 11 orang (6A); 5 orang (7A) dan 3 pelajar (9A).

“Saya doakan semoga kalian semua terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN