fb fb fb fb fb

Muat naik kandungan jelik: Pengguna FB dirakam percakapan

Rakaman percakapan telah dijalankan di Balai Polis Lenggeng, Negeri Sembilan. / MCMC

CYBERJAYA, 16 Mei- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat beberapa hantaran Facebook berunsur perkauman yang didakwa menjejaskan sensitiviti etnik di Sarawak.

Menerusi kenyataan media, seorang individu dipanggil memberi keterangan, semalam.

Sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM telah disita oleh MCMC bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diingatkan beretika semasa berkongsi kandungan dalam talian.

MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan jelik yang menyentuh sensitiviti kaum, agama atau Institusi Diraja adalah satu kesalahan serius dan tidak akan dikompromi.

Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pelanggaran undang-undang tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID