fb fb fb fb fb

MTUC hargai usaha KWSP dalam memastikan dividen meningkat setiap tahun

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023 yang kukuh memberi petunjuk bahawa pertumbuhan ekonomi negara stabil.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerusi satu kenyataan memaklumkan, peningkatan dividen terutamanya dividen simpanan syariah juga mampu menarik lebih ramai pencarum untuk memilih simpanan syariah pada masa akan datang.

Komitmen KWSP untuk mempertahankan dividen yang kukuh memberikan kepastian kepada pekerja mengenai pertumbuhan simpanan pekerja dalam jangka panjang terutama simpanan hari tua.

Semalam, KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.40 peratus bagi simpanan syariah.

Ia merangkumi jumlah keseluruhan agihan pendapatan sebanyak RM57.81 billion bagi tahun lepas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE