fb fb fb fb fb

MTMD Kelantan lulus dua kertas pertimbangan tangani salah guna dadah

(Ahmad Yakob pada Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras
Dadah (MTMD) Bilangan 2 Tahun 2022)

KOTA BHARU, 29 September- Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 2 Tahun 2022 Negeri Kelantan meluluskan dua kertas pertimbangan iaitu Hala Tuju Dalam Membanteras Gejala Dadah dan Bahan serta Perlaksanaan Program Berfokus.

Ia sebagai usaha menangani isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.

Kelulusan itu bagi memastikan usaha merawat pulih dan mencegah penagihan dadah yang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disertai Pengarah penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan AADK, Azmi Mustafa serta Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Kota Bharu.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan, MTMD kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, bahan dan pelencongan sosial; selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan.

Dalam pada itu, dua kertas laporan turut dibentangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK.

(Datuk Ahmad Yakob (dua dari kanan) membincangkan isu penyalahgunaan dadah)

Media Baharu