fb fb fb fb fb

MTL: Sistem pintasan kecemasan menerusi telefon pintar diteliti

FAHMI FADZIL

PUTRAJAYA, 10 Oktober - Sistem amaran banjir akan ditambah baik menerusi sistem pintasan kecemasan bagi memberi amaran menerusi pesanan tetingkap timbul (pop-up alert) yang dihantar ke telefon pintar.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia telah dilaksanakan di beberapa negara dan tidak lagi bergantung pada sistem pesanan ringkas (SMS) atau siren semata-mata.

"Saya akan bincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) apa yang boleh dilakukan dengan syarikat telekomunikasi untuk membantu Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Ini untuk memaklumkan rakyat terutama di sesuatu kawasan, selain daripada amaran siren banjir, mungkin boleh dapatkan maklumat terkini menerusi telefon mereka," katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulan Kementerian Komunikasi, di sini.

Belaiu turut menyeru agensi di bawah Kementerian Komunikasi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) memandangkan jumlah taburan hujan yang tinggi boleh merosakkan fasiliti rangkaian telekomunikasi.

Negara dijangka berdepan MTL pada minggu keempat bulan ini menyaksikan hujan lebat berterusan yang mengundang risiko bencana seperti banjir.

Trainee2