fb fb fb fb fb

MTL: Semua agensi pengurusan bencana diminta siap sedia hadapi gelombang keempat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

CAMERON HIGHLANDS, 6 Januari - Semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir diminta untuk bersiap sedia dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata semua aset akan diselaraskan mengikut SOP yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Luruan gelombang keempat MTL ini telah beralih ke Selatan dan saya harap tindakan segera mengikut SOP yang telah ditentukan oleh NADMA dan juga APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi, dapat diikuti oleh semua jawatankuasa dan juga agensi terlibat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke lokasi pascabencana Kampung Orang Asli Sungai Ruil, di sini.

Mengulas mengenai keadaan banjir di negeri Johor, Ahmad Zahid berkata bilangan penduduk terjejas kembali mencatat peningkatan namun dengan kerjasama agensi terlibat, pengurusan banjir didapati semakin baik berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN