fb fb fb fb fb

MTHQA 2024 : Imam Masjid Al-Haram selamat tiba di Malaysia

Sheikh Dr. Maher dibawa bertemu dengan Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar

SEPANG, 10 Oktober- Imam Masjid Al-Haram, Mekah Al-Mukarramah, Sheikh Dr. Maher Bin Hamad Al-Muaiqly, tiba di Malaysia sebagai jemputan khas tetamu negara bagi menghadiri Perasmian Penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2024, Sabtu ini.

Pesawat Saudi Airlines SV0834 yang membawa Sheikh Dr. Maher dan delegasi selamat mendarat pada pukul 3.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menyambut ketibaan beliau, Pengarah Kanan Bahagian Peyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr Muhammad Yamin Ismail, seterusnya dibawa bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar di Kuala Lumpur.

Esok, beliau dijadual menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya selain meluangkan masa dalam sesi tausiah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta mengimamkan solat Maghrib dan Isyak di masjid yang sama.

Lawatan tiga hari sehingga 13 Oktober ini, merupakan kunjungan rasmi kali pertama beliau ke Malaysia, dalam tempoh 17 tahun sejak dilantik sebagai Imam Masjidil Haram, Mekah pada tahun 2007.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE