fb fb fb fb fb

MSC Malaysia dijenamakan sebagai Malaysia Digital


DUBAI, 12 Januari- MSC Malaysia kini dijenamakan semula sebagai Malaysia Digital.

Langkah tersebut sejajar kemajuan pesat teknologi digital yang menyaksikan perubahan landskap sosioekonomi.

Tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, sumbangan ekonomi digital kepada negara cukup signifikan.

Lebih-lebih lagi dalam memastikan kemakmuran bersama mampu dicapai secara adil dan saksama tanpa mengira jumlah pendapatan, kumpulan etnik dan wilayah.

"Sosioekonomi telah banyak berubah selari kemajuan teknologi digital memaksa MSC untuk sama berubah selari trend dan keperluan semasa. Ia merupakan program yang pertama seumpamanya ketika dilancarkan pada 1996."

"Sejajar era baharu ekonomi digital, bagi pihak Malaysia saya mengumumkan Digital Malaysia, kesinambungan kepada MSC Malaysia," jelasnya ketika merasmikan Minggu Ekonomi Digital Malaysia, antara pengisian bertemakan perniagaan dan perdagangan anjuran Pavilion Malaysia sempena Expo 2020 Dubai.

Tambahnya, MSC Malaysia telah berjaya memacu sektor ekonomi digital negara yang menyumbang sebanyak 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK.

Rancangan Malaysia Ke-12 menyasarkan peningkatan sumbangan sektor tersebut kepada KDNK pada sekitar 25.5% menjelang 2025.

Media Baharu