PULAU PINANG, 23 Januari – Subjek Sejarah dan Perlembagaan sebagai Mata Pelajaran Umum (MPU) berupaya melahirkan pelajar yang berfikiran kritis serta celik undang-undang.
- MPU Sejarah dan Perlembagaan melahirkan pelajar berfikiran kritis dan celik undang-undang.
- Subjek membantu menapis fakta dan menolak naratif manipulatif dalam kalangan generasi muda.
- Ia memperkukuh jati diri kebangsaan, semangat patriotik, dan penghormatan terhadap kepelbagaian agama serta kaum.
- Pelaksanaan RPN 2026–2035 mengajar subjek ini dalam Bahasa Melayu di semua universiti.
Impaknya, generasi muda dapat menapis fakta dengan lebih berkesan dan menolak naratif yang bersifat manipulatif.
Penyelaras Kursus MPU 1 (2023–2025), Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Aiza Maslan @ Baharudin, berpandangan pendekatan ini secara tidak langsung dapat memperkukuh jati diri kebangsaan.
Penyelaras Kursus MPU 1 (2023 – 2025), Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Prof. Madya Dr. Aiza Maslan @ Baharudin berpandangan ini sekali gus akan memperkukuh jati diri kebangsaan.
Menurut beliau, aspek perpaduan nasional, termasuk melalui penggunaan bahasa, juga dapat diperkasakan secara menyeluruh.
“Bukan sahaja melahirkan pelajar yang celik undang-undang, malah mereka juga akan mempunyai semangat patriotik serta menghormati kepelbagaian agama dan kaum. Perkara ini sejajar dengan agenda Madani yang bertujuan melahirkan generasi masyarakat yang bertanggungjawab dan beretika.
“Selain itu, ia memberi kelebihan dalam memantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus membantu membina jati diri nasional dalam kalangan pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, di sini.
Dalam pada itu, Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 akan menekankan subjek Sejarah dan Perlembagaan sebagai MPU kepada pelajar Malaysia.
Subjek tersebut akan diajar dalam Bahasa Melayu di semua universiti awam dan swasta di seluruh negara.