MPOB sedia 200 teknologi berasaskan sawit untuk usahawan di Kelantan

Dr. Noraini mencuba sendiri jentera sokongan lengan, inovasi ciptaan MPOB bagi membantu menampung beban alat penuaian sawit / Foto RTM

KOTA BHARU, 11 Mac– Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan lebih 200 teknologi berasaskan sawit untuk dikomersialkan oleh usahawan di Kelantan bagi
menghasilkan pelbagai produk bernilai tambah berasaskan komoditi berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif MPOB bertujuan memperkasa ekosistem keusahawanan tempatan dan merancakkan industri hiliran sawit di Kelantan.
  • MPOB menyediakan sokongan menyeluruh: pemilihan teknologi, penilaian kapasiti perniagaan, kontrak pengkomersialan dan sokongan selepas produk dipasarkan.
  • Mohamad Helmy turut menyertai lawatan kerja bersama Menteri Perladangan dan Komoditi ke Kelantan.
  • Penggunaan jentera lengan sokongan meningkatkan kecekapan penuaian dan mengurangkan kebergantungan kepada kekuatan fizikal pekerja.

Pengerusinya Mohamad Helmy Othman Basha berkata, inisiatif itu bertujuan memperkasa ekosistem keusahawanan tempatan serta merancakkan pembangunan industri hiliran sawit di negeri berkenaan.

“MPOB menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan bermula daripada pemilihan teknologi, penilaian kapasiti perniagaan, penyediaan kontrak pengkomersialan sehingga sokongan selepas produk dipasarkan,” ujar beliau.

Terdahulu, Mohamad Helmy menyertai lawatan kerja Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke Kelantan.

Dalam lawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini turut melawat kebun sawit milik pekebun kecil serta menyaksikan demonstrasi penggunaan jentera lengan sokongan, “Arm Manipulator” untuk menuai buah tandan segar sawit.

Inovasi itu mampu meningkatkan kecekapan kerja penuaian selain mengurangkan kebergantungan kepada kekuatan fizikal pekerja ladang.