fb fb fb fb fb

MPK larang guna penyedut minuman plastik bermula 1 Ogos

Sebelum ini, MPK turut menguatkuasakan larangan penggunaan bekas makanan 'styrofoam' dan polisterina yang akan bermula 15 Julai depan.

KANGAR, 24 Jun- Berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024, semua premis kedai makan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang mengguna, mengedar atau membekal penyedut minuman plastik kepada pelanggan.

Menurut Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth, sebagai alternatif, peniaga atau pemilik premis boleh menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi.

"Larangan itu antara langkah memulihara alam sekitar untuk tempoh jangka masa panjang, serta memastikan tahap kesihatan penduduk di Perlis sentiasa terjamin.

"Kegagalan peniaga atau pemilik premis mematuhi arahan MPK di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 atau boleh didenda mahkamah jika disabitkan kesalahan iaitu tidak melebihi RM2,000," katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, MPK turut menguatkuasakan larangan penggunaan bekas makanan 'styrofoam' dan polisterina yang akan bermula 15 Julai depan.

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM