fb fb fb fb fb

Motosikal EV diperkenal di Perlis, Ebixon, lebih jimat

Motosikal berkenaan akan mula dipasarkan di Perlis

PAUH PUTRA, 24 Januari- MYUS Group Of Companies menjadi syarikat pertama yang menjual motosikal kenderaan Elektrik (EV) di Perlis, ke arah menyokong hasrat mengurangkan pencemaran udara.

Menurut Pengerusi Eksekutif merangkap CEO kumpulan itu, Datuk Nellsen Young, dinamakan Ebixon, ia mampu bergerak dengan kelajuan 70 kilometer sejam sejauh 120 kilometer.

"Penggunaan EV dilihat sangat praktikal ke arah mengurangkan pencemaran khususnya pencemaran udara yang disebabkan oleh asap kenderaan.

"Jika dibandingkan motosikal yang menggunakan petrol rata-rata menghabiskan RM150 ke RM200 sebulan berbanding 30 hari dalam satu bulan RM30 jadi ia satu penjimatan yang besar.

"EV ini saya tengok kedepan sangat, sesuai untuk para remaja berkecimpung dalam perniagaan seperti e-hailing," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya yang diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di sini.

Katanya, motosikal berkenaan akan mula dipasarkan di Perlis, selain turut menjadikan negeri tersebut sebagai lokasi mempromosikannya sebelum diperluaskan ke Langkawi dan Sarawak.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM