fb fb fb fb fb

MOTAC minta Perak sedia senarai naik taraf bangunan, monumen bersejarah

LENGGONG, 31 Julai- Kerajaan Perak diminta menyenaraikan bangunan dan monumen bersejarah di negeri itu yang perlu dinaik taraf.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia bagi memudahkan peruntukan disalur dalam usaha memelihara dan memulihara tapak warisan dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Saya sudah memaklumkan perkara itu kepada Perak untuk membuat senarai keperluan yang diperlukan untuk dinaik taraf.

"Kemudian perkara itu akan dikemukakan kepada UNESCO dan kerajaan pusat untuk mendapatkan peruntukan penyelenggaraan kawasan warisan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Warisan@Lenggong dan Festival Merakyatkan Seni Budaya “Warisan Akar Umbi” di Dataran Lenggong, Perak.

MOTAC sebelum ini telah menyalurkan peruntukan bernilai RM25 juta kepada Melaka dan Pulau Pinang bagi tujuan itu.

(Tiong King Sing)

Media Baharu