fb fb fb fb fb

MOT usaha adakan penerbangan terus dari Rusia ke Malaysia

Pertukaran memorandum persefahaman antara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dengan Presiden ICAO Council, Salvatore Sciacchitano pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Rundingan Perkhidmatan Udara (ICAN) di Petaling Jaya/ BERNAMA

PETALING JAYA, 21 Oktober- Kementerian Pengangkutan sedang berusaha mengadakan penerbangan terus dari Rusia ke Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata langkah itu akan memudahkan akses perjalanan, merangsang ekonomi, dan meningkatkan pelancongan antara kedua-dua negara.

"Memang kita ada perbincangan dan sudah tentu kita juga mengambil peluang pada mesyuarat kali ini untuk bincang dengan pihak Rusia.

“Kita juga mengalu-alukan sekiranya ada syarikat penerbangan dari Rusia yang ingin terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana sebelum ini sudah pernah ada. Kita harap dapat mengembalikan ketersambungan antara Malaysia dan Rusia,” katanya.

Sementara itu, tambang pengangkutan awam tidak akan terkesan oleh kenaikan gaji minimum baharu yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.

Loke berkata sektor pengangkutan menerima pendapatan yang tinggi, maka kenaikan gaji minimum tidak menjadi isu berkenaan tambang pengangkutan awam yang sedia ada.

"Kadar tambang bas itu dikawal oleh kerajaan. Ia tidak boleh sesuka hati naikkan tambang", katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Rundingan Penerbangan Awam (ICAN) 2024 di Petaling Jaya, Selangor.

ROSLINA BINTI DIN