fb fb fb fb fb

MOT tetap syarat baharu dapat dana ISBSF

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 13 April-Pengendali bas henti-henti perlu mematuhi ketepatan masa mengikut jadual sekurang-kurangnya 80 peratus setiap hari, bagi mendapatkan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF).

Syarat baharu tersebut ditetapkan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi agihan dana ISBSF berdasarkan kontrak penjanjian antara kementerian dan pengendali bas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahbaikan itu penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas kepada orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan membayar subsidi kepada pengendali bas tersebut untuk semua laluan sekiranya gagal mencapai tahap berkenaan.

"Ini adalah satu program untuk memastikan laluan yang tidak ekonomik masih boleh berjalan sebab tanpa subsidi banyak pengendali bas tidak sanggup jalankan operasi di laluan SBBS kerana kebanyakannya tak ekonomik dan menguntungkan", katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian ISBSF 2023 di sini hari ini.

Tambah beliau, penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai juga diwajibkan, sebagai antara penambahbaikan kontrak perjanjian dana.

37 syarikat bas henti-henti menandatangani perjanjian perlanjutan kontrak ISBSF dengan peruntukan kira-kira RM169.87 juta.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/FOTO RTM)

 

 

Media Baharu