fb fb fb fb fb

MOT teliti laksana subsidi tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak menjelang musim perayaan

Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Mekanisme pelaksanaan subsidi bagi pembelian tiket penerbangan Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sedang diteliti oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bertujuan untuk memastikan kadar yang ditetapkan tidak meningkat terutama pada musim perayaan.

"MOT sedang meneliti mekanisme untuk memberikan sedikit subsidi bagi memastikan bahawa kadar (tambang) ditetapkan itu tidak terlalu tinggi untuk beberapa hari sebelum musim perayaan.

"Itu antara insiatif yang kita akan lihat supaya dapat mengurangkan (tambang) tiket kapal terbang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit di Dewan Negara hari ini.

Tambah beliau, dalam usaha itu, kementeriannya turut meminta syarikat penerbangan menambah jumlah pesawat pada waktu malam bagi meningkatkan kadar kekerapan perjalanan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA