fb fb fb fb fb

MOT berhasrat perluas program MyLesen

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Kementerian Pengangkutan berhasrat memperluas program MyLesen bagi memastikan lebih ramai golongan B40 mendapat manfaat daripada program itu di seluruh negara.

Menterinya, Anthony Loke berkata pihaknya juga bercadang untuk menambah bilangan penerima dan pemohon bagi program tersebut secara percuma.

Ia menerusi pelbagai inisiatif yang boleh menjana pendapatan Kementerian Pengangkutan sebagai dana bagi menampung serta  mendokong hasrat berkenaan. 

"Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ialah kita sedang laksanakan beberapa siri nombor-nombor pendaftaran khas."

"Yang terbaru ini, baru-baru ini telahpun kita lancarkan satu nombor siri khas iaitu Gold di mana pendapatan yang dijana melalui siri nombor khas ini iaitu sebanyak RM17 juta," kata Anthony di Parlimen, hari ini.

Tambah Anthony, separuh daripada jumlah hasil bidaan itu akan dikembalikan kepada kementerian untuk melaksanakan pelbagai inisiatif lain termasuklah program MyLesen.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM