fb fb fb fb fb

MOSTI tubuh MNIG, bantu industri nano kembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa

(Datuk Seri Dr. Adham Baba berucap pada Majlis Penutup Nano Kebangsaan (Nanokeb 2022)
di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 September - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Kumpulan Perindustrian Nano Teknologi (MNIG) bagi meningkatkan penglibatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penubuhan MNIG merupakan platform terbaik dalam membantu pemain industri nano mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa.

"Saya percaya dengan penubuhan MNIG ini kita akan dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan pemain industri nano di peringkat serantau dengan mengambil peluang perkembangan pasaran nanoteknologi Asia Pasifik yang diunjurkan mencapai lebih USD$2.6 trilion pada tahun 2025," kata beliau ketika berucap dalam Majlis Penutup Nano Kebangsaan (Nanokeb 2022), di sini hari ini.


(Datuk Seri Dr. Adham Baba melancarkan Kumpulan Perindustrian Nano Teknologi (MNIG) pada
Majlis Penutup Nano Kebangsaan (Nanokeb 2022) di Kuala Lumpur)  

Katanya, sumbangan PKS dalam industri nanoteknologi berpotensi tinggi untuk ekonomi negara, ini dibuktikan melalui nilai jualan tahunan produk nano tempatan yang telah mendapat pensijilan NanoVerify, meningkat kepada RM441.9 juta dan diunjurkan terus meningkat kepada RM490.1 juta pada tahun ini.

MNIG dianggotai wakil industri berkaitan nanoteknologi, berperanan sebagai medium untuk menjalin kerjasama erat antara syarikat nanoteknologi, PKS dan pemegang taruh serta membantu penyelarasan antara syarikat dalam rantaian bekalan produk teknologi nano.

Media Baharu