fb fb fb fb fb

MOSTI raih pelaburan RM32.5 billion, hasil lawatan PM ke China

(Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani MoU
semasa Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 di Beijing /BERNAMA)

PUTRAJAYA, 6 April- Malaysia berjaya meraih RM32.5 billion pulangan pelaburan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China minggu lalu.

Ia hasil pemeteraian dua memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat Zhejiang Geely Holding Group. Ltd dan Shanghai DC-Science Co Ltd.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pelaburan RM30 billion daripada syarikat Zhejiang Geely adalah berkaitan kenderaan elektrik (EV) serta pembangunan dan pengkomersialan lembah Teknologi Automatif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Manakala, kerjasama dengan Shanghai DC-Science akan membawa pelaburan bernilai RM2.5 billion melalui pembinaan sebuah pusat data berprestasi Tinggi di Sedenak, Johor.


(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang)

"Sebenarnya pihak syarikat China, tindakan mereka amat cepat kerana pada Sabtu ini ada dua lagi syarikat kenderaan elektrik (EV) yang akan datang dan kami akan hos mereka untuk menerokai peluang untuk mereka bertapak di sini melabur di AHTV.

"Jadi, boleh dikatakan mereka sangat laju dan agresif serta menunjukkan minat untuk bertapak di Malaysia", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kejayaan hasil lawatan rasmi Perdana Menteri ke China di Putrajaya.

Secara keseluruhan, sebanyak RM170 billion nilai pelaburan berjaya diraih menerusi pemeteraian 19 memorandum persefahaman perniagaan antara syarikat Malaysia dan China pada lawatan tersebut.

Media Baharu