fb fb fb fb fb

Monsun Timur Laut: JBPM Johor bersiap siaga, mantapkan kemahiran anggota

Siti Rohani Nadir ketika ditemu bual dalam slot Cerita Pagi Johor pada program Selamat Pagi Malaysia

JOHOR BAHRU, 15 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersiap siaga pada tahap tinggi bagi berdepan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang akan berlaku pada November depan.

Pengarah JBPM Negeri Johor, Siti Rohani Nadir berkata pelbagai aspek persediaan dilakukan termasuk mengeluarkan arahan kesiapsiagaan kepada kesemua 34 buah balai di negeri berkenaan untuk digerakkan pada bila-bila masa.

Tambahnya, pelbagai latihan dan ujian dilaksana ketika ini bagi memantapkan lagi tahap kemahiran setiap anggota dan pegawai JBPM terutamanya ketika berdepan situasi kecemasan.

"Kita mengadakan pengujian logistik banjir di mana ia dilaksana secara serentak di seluruh negara termasuk di Johor, yang melibatkan empat buah balai.

"Kita turut melaksanakan Latihan Remedial untuk pasukan penyelamat di air atau PPDA. Latihan dilakukan daripada teknik penyelaman, kaedah mencari mangsa, selain membuat pemeriksaan pengujian ke atas peralatan penyelamatan yang berkaitan.

"Kita juga mengadakan kursus-kurus pemantapan, kursus perintah kawalan insiden di semua penjaga pegawai balai bagi memastikan mereka ini kompeten jika berlaku sesuatu insiden," ujarnya ketika ditemu bual menerusi slot Cerita Pagi Johor, pada program Selamat Pagi Malaysia.

Monsun Timur Laut diramal berlaku November depan sehingga Mac 2025.

Trainee2