fb fb fb fb fb

Mohon hujan, Kedah adakan solat sunat Istisqa' esok

Semua masjid dan surau di Kedah disaran melaksanakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon doa kepada Allah S.W.T untuk menurunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negeri itu ketika ini / Foto Hiasan

ALOR SETAR, 27 Mac - Semua masjid dan surau di Kedah disaran melaksanakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon doa kepada Allah S.W.T untuk menurunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negeri itu ketika ini.
 
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata program solat sunat Istisqa’ peringkat negeri akan dilaksanakan di Dataran Masjid An-Nur, Pokok Sena pada pukul 8 pagi esok.
 
"Solat akan diimamkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat," katanya menerusi kenyataan.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba di beberapa daerah di Kedah dengan ramalan suhu mencecah sehingga 40 darjah celcius.
 
Bagaimanapun, beberapa kawasan di negeri itu telah menerima hujan sejak beberapa hari lalu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN