fb fb fb fb fb

Mohd Khairi dilantik Ketua Polis Terengganu baharu

Mohd. Khairi (kanan) dan Mazli (kiri) pada majlis serah tugas Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini

KUALA TERENGGANU, 5 Mei- Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang mengambil alih posisinya di NADMA.

“Saya akan meneruskan misi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Terengganu yang merupakan negeri tumpuan pelancong.

“Pengalaman saya di NADMA akan digunakan bagi menghadapi musim tengkujuh yang melanda Terengganu dari bulan Oktober hingga Mac setiap tahun,” katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan.

Sebelum bertugas sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Nadma, Mohd. Khairi yang berasal dari Gombak, Selangor turut berpengalaman sebagai Komander Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PRDM).

Sementara itu, Mazli dalam ucapannya berkata terdapat banyak pencapaian dikecapi sepanjang mengetuai Kontinjen Terengganu bermula 3 Mei tahun lalu.

Katanya, ia termasuk penurunan kadar indeks jenayah, pencapaian tempat pertama Ops Selamat Aidilfitri 2024 serta kelancaran Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK)," katanya.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI